Mengenai program
Program AIA Healthiest Schools (Sekolah Tersihat AIA) akan menyumbang kepada Tujuan AIA untuk membantu jutaan orang menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna serta mencetus kesan positif yang lebih luas kepada masyarakat di seluruh Asia.
Program ini sejajar dengan strategi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) AIA dan dirangka untuk menggalakkan amalan hidup sihat dalam kalangan murid yang berumur antara lima hingga 16 tahun dengan menggalakkan pemakanan sihat, gaya hidup aktif, kesejahteraan mental dan juga kesihatan dan kelestarian di sekolah-sekolah.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak pada hari ini menghadapi pelbagai ancaman baharu berkaitan gaya hidup dan diet kurang sihat, perubahan iklim, pencemaran, kecederaan, keganasan dan ketaksaksamaan. Kajian WHO mendapati bahawa pelaburan dalam kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak membawa manfaat besar kepada masyarakat.
Pada Februari 2022, AIA telah mengumumkan pelancaran AIA One Billion, iaitu cita-cita untuk mencapai penglibatan satu bilion individu agar menjalani Hidup Yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna menjelang tahun 2030. Program AIA Healthiest Schools (Sekolah Tersihat AIA) akan memainkan peranan untuk mencapai matlamat ini sambil menggalakkan penglibatan, memberi inspirasi dan mendidik masyarakat untuk menjalani kehidupan lebih sihat.
Program AIA Healthiest Schools tersedia di kedua-dua sekolah rendah dan menengah semasa tahun akademik 2024/2025 di Australia, Hong Kong (rendah sahaja), Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, Sri Lanka dan Filipina.
Daftar secara percuma